Sungguh beruntung menjadi warga Johor, macam-macam pembangunan dan daya tarikan baru diujudkan. Terbaru para pengunjung yang mengunjungi bandar raya ini berpeluang melihat ikon terkini iaitu ‘skrin angkasa’ (sky screen) yang terletak berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di Jalan Ibrahim Sultan.
Menurut Datuk Bandar, Abdul Rahman Mohamed Dewam , kewujudan ikon tersebut merupakan yang pertama di dunia dan merupakan salah satu daripada lima ikon yang diwujudkan kawasan MBJB.
“Ini bermakna skrin angkasa sepanjang 90 meter kali 20 meter yang diletakkan di luar tanpa bumbung, menjadikan MBJB yang pertama memasang skrin angkasa selain tarikan pintu gerbang, jata negeri, air pancut berirama dan jam kristal menggunakan huruf Arab.
Tambah beliau lagi “Saya yakin kewujudan ikon tersebut serta kerja pencahayaan akan menyerlahkan dan menjadi tarikan baharu bandar raya ini,”
Menurut Abdul Rahman, apa yang dilakukan oleh MBJB adalah sebahagian daripada persiapan ke arah ‘Johor Bahru Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa Menjelang 2020 (International City of Johor Bahru by 2020).
Jennifer Sing selaku Pengarah Urusan Presiden Sign Sdn. Bhd., yang juga pereka konsep projek tersebut berkata, 540,000 lampu LED digunakan dalam 9,000 jalur bagi menyiapkan skrin angksa tersebut.
Sesiapa yang bercuti di Johor Bahru jangan lepaskan peluang untuk menggunjungi lokasi ini. Warga johor sendiri pastinya takkan lepaskan peluang merasai sendiri limpahan cahaya dan melihat daya tarikan baru ‘skrin angkasa’ (sky screen) Bandaraya Johor Bahru ini.