Sunday 3 January 2016

PENTAS BEST FM TAHUN BARU BERSAMA ARTIS RUSA MUSIC DAN MVM PRODUCTION MERIAH

Siri Jelajah Pentas Best FM Tahun Baru Bersama Artis Rusa Music Dan MVM Production baru sahaja berakhir dan sekaligus menutup tirai tahun 2015. Pentas Best FM siri ke 3 kali ini Best FM bekerjasama dengan syarikat rakaman Rusa Music dan juga MVM Production.
Mydin Mall USJ Subang Jaya

Bermula dengan lokasi pertama di Mydin Mall USJ, Subang  Jaya pada  Sabtu 19 Disember dan lokasi kedua pada 20 Disember di Mydin Mall Jasin, Melaka. Dikedua-dua lokasi ini sambutan yang diberikan oleh penonton sangat luar biasa, apatah lagi menampilkan barisan artis popular masakini seperti Asfan, kumpulan Qanda, Mark Adam, Iwere, WARIS, Azzam Sham, Ainan Tasnim, Fatin Majidi dan ramai lagi. Manakala acara tahunan Best FM ini dihostkan oleh penyampai mereka Azhar, Ieqa, Zairi dan juga tidak ketinggalan Haiza finalis GegarVaganza yang juga merupakan penyampai Best Pagi Best FM. 


Mydin Mall USJ Subang Jaya

Di lokasi kedua Mydin Mall Jasin, Melaka sambutan yang diberikan sebenar diluar jangkaan. Ini kerana buat pertama kali Best FM mengadakan persembahan pentas di sini. Penonton yang datang ke sini ternyata terhibur dengan persembahan artis yang mengadakan persembahan dan celoteh penyampai Best FM juga membuatkan penonton tak berganjak sehingga acara berakhir pukul 6.30 petang.


Mydin Mall Jasin, Melaka
Selain penonton disajikan dengan persembahan artis, mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah daripada penaja.antaranya Gel Amani, MBH Medispa, My Beauty Herbs, Dyamia Serum dan Snekku

Mydin Mall Jasin, Melaka


Mydin Mall Pelangi Indah merupakan lokasi terakhir Pentas Best FM Tahun Baru Bersama Artis Rusa Music Dan MVM Production. Malam menjelang tahun baru 31 Disember 2015 acara bermula 9.30 malam dimulakan dengan persembahan artis baru Sheryl dengan lagu Hati-Hati Dengan Cinta. Kemunculan Iwere dengan lagu Oghe Kito menghangatkan suasana, penonton semakin teruja apabila WARIS muncul melantunkan lagu Gadis Jolobu.

11.00 malam kelibat kumpulan Qanda muncul di atas pentas dan mendapat sorakan penonton yang sememangnya menantikan kehadiran kumpulan yang berasal dari Johor ini. Lagu Cinta Yang Sempurna dinyanyikan bersama penonton yang rata-rata sudah menghafal lirik single pertama kumpulan Qanda ini.
Asfan yang muncul selepas Qanda membuat persembahan ternyata membuatkan penonton tak berganjak dan terus melayan lagu popular Asfan, Maafkan Aku. Sebelum persembahan terakhir daripada Hyper Act penonton berpeluang memenangi pelbagai hadiah daripada penaja.


Acara PENTAS BEST FM TAHUN BARU BERSAMA ARTIS RUSA MUSIC DAN MVM PRODUCTION malam itu berakhir dengan persembahan Hyper Act dan 'countdown' Tahun Baru 2016.


No comments:

Post a Comment