Saturday, 16 January 2016

Nak Sponsor, Sponsor Jelah – Afdlin Shauki Kritik Penajaan RM16 Juta Vida Beauty?

JAN, 16 2016

Nak Sponsor, Sponsor Jelah – Afdlin Shauki Kritik Penajaan RM16 Juta Vida Beauty?

afdlin
Penajaan lebih dari RM16 juta daripada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida kepada pasukan bola sepak Kelantan begitu hangat diperkatakan
Namun disebalik penajaan tersebut, terdapat beberapa syarat antaranya mengubah warna stadium telah pun dipersetujui. Ramai meluahkan pendapat peribadi masing-masing.
Terbaru, selebriti terkenal Afdlin Shauki menerusi postnya di Facebook mempersoal ‘trend’ penajaan yang sedang viral ini.

Ubah budaya & integriti sesebuah pasukan

Screen Shot 2016-01-16 at 6.15.36 PM
Perkongsian Afdlin ini bagaimanapun mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Berikut antara komen mereka.
Screen Shot 2016-01-16 at 6.18.31 PMScreen Shot 2016-01-16 at 6.19.35 PMScreen Shot 2016-01-16 at 6.21.46 PM
Screen Shot 2016-01-16 at 6.24.30 PM

Enggan ‘tabur duit’ di padang

Screen Shot 2016-01-16 at 6.30.35 PM
Peguam saya sedang meneliti untuk melindungi kepentingan saya. Tetapi saya tiada kepentingan lain, melainkan hendak pastikan apa yang saya mahu itu menjadi kenyataan.
“Tidak lain tidak bukan hendak membantu bola sepak dan hendak membantu perniagaan saya sendiri. Saya tidak mahu orang kata ‘tabur duit saja atas padang
Sementara itu ketika ditemui dalam majlis menandatangani perjanjian itu semalam, 33 syarat yang diperkatakan sebelum ini tidak didedahkan semua.

Wednesday, 6 January 2016

BAUKSIT

Bauksit-majalahsains
Bauksit adalah bijih utama untuk menghasilkan aluminium. Bauksit bukanlah mineral seperti yang difahami sebelum ini. Ia merupakan batuan yang terdiri dari sekumpulan mineral aluminum hidroksida sepertigibsit, bohmit atau diaspor dan mineral tambahan seperti goetit, hematit, kaolini, dan anatase atau rutil.
SEJARAH
Sejarah bauksit pertama kali ditemukan oleh ahli geologis Pierre Berthier pada tahun 1821, di Les Baux di selatan Perancis, dalam batuan yang kaya aluminum hidroksida.
Bauksit di Tanah Melayu hanya mula dikenali dan dijalankan perlombongannya pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu Pahat. Sebelum Perang Dunia II, dua lombong bauksit telah dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan. Namun kedua-dua lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila meletusnya Perang Dunia II. Kebanyakan hasil bauksit Tanah Melayu dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian kecil sahaja dieksport ke Australia dan Taiwan.
Selepas Perang Dunia II, industri aluminium atau perlombongan bauksit ini bermula di Teluk Ramunia, Penggerang di Johor sekitar tahun 1955. Sekarang industri bauksit Teluk Ramunia sudah menjadi sejarah dan kini hanya industri pengambilan pasir silika untuk kegunaan industri tempatan dan juga eksport ke Singapura. Selain itu terdapat juga industri keluli dan beberapa industri berkaitan petroleum dan gas di sana.(Sumber Wikipedia)

Gambar Perlombongan Bauksite Dari Pandangan Udara (Drone)

KEGUNAAN BAUKSIT
Bauksit terbentuk hasil kesan pemendapan dan pemampatan batu batuan yang memakan masa tempoh lama (mungkin berjuta tahun).Dicampur dengan elemen dehidrasi (pengeringan) oleh suhu panas. Kebiasaannya mineral bauksit mudah ditemui di kawasan tanah berbanding minyak dan gas serta sesetengah bijih besi dan bijih timah tertentu yang memerlukan penggalian tanah yang sangat dalam.
Bauksit ini kebanyakkan digunakan dalam industri penghasilan seramik, penghasilan jentera mesin dan kenderaan terutama badan kapal terbang, industri pembungkusan khususnya pembungkusan makanan dalam tin, serta pembinaan bangunan seperti struktur bumbung dan atap.
Dikatakan bauksit ini mampu bertahan pada suhu rintangan dan pembakaran yang sangat tinggi. Selain itu ia juga digunakan dalam bahan kimia untuk menyahkan kotoran berupa minyak, gas nitrogen dan sulfur.
 
MENGAPA BAUKSIT BERWARNA MERAH
Melalui catatan Facebook Profesor Dr. Hamzah Mohamad, Pakar Geologi yang kini berkhidmat diPusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM, Pulau Pinang,
“Selain mengandungi mineral gibsit [Al(OH)3], bohmit [AlO(OH)] dan diaspor [HAl2O3] yang diekstrak aluminiumnya untuk kegunaan komersil, tanah bauksit juga mengandungi mineral sampingan sepertikuarza, kaolinit, kalsit, rutil dan mineral-mineral besi, terutama hematit dan goetit“.
Menurut Prof Dr Hamzah “Jangan terkejut bahawa ketiga-tiga mineral yang kaya Aluminium ini (gibsit, bohmit, diaspor) sebenarnya berwarna PUTIH , seakan-akan kaolin. Mineral yang menghasilkan warna merah kepada tanah bauksit ialah hematit [Fe2O3] dan goetit [Fe2O3.H2O].
“Apa-apa mineral pun sekiranya tinggi kandungan besi ferik, Fe2O3, ini akan membawa kepada penghasilan warna merah”, ujar beliau.
Beliau menambah, “Saya puratakan kandungan bauksit yg dilombong secara besar-besaran terdapat di lima negara iaitu Greece, Brazil, Australia, India dan Indonesia dan mendapati kandungan hematit ialah 10% dan goetit 5% daripada keseluruhan tanah bauksit yang dilombong”.
Beliau turut menegaskan bahawa,  “kita di Malaysia heboh dan bercakap sahaja tentang bauksit, tetapi peratus mineral berbesi ini pun kita tak tahu”.
Beliau turut mempelawa kepada mereka-mereka yang berminat melawat makmal beliau Earth Material Characterization Laboratory (EMCL) di USM yang boleh menentukan peratusan mineral bauksit dalam masa DUA JAM sahaja melalui peralatan Sinar-X dan Scanning Electron Microscopy kami (XRF, XRD, SEM) dan tidak perlu menunggu sehingga dua tiga minggu seperti didakwa.
SUMBER – Facebook Profesor Dr Hamzah Mohamad, Pakar Geologi USM

Sunday, 3 January 2016

KENALI AYER HITAM, BATU PAHAT.



Ayer Hitam sangat terkenal dengan barangan seramik sehinggakan kini ianya dikenali dengan nama Bandar Seramik. Terletak di daerah Batu Pahat. Sebelum kedatangan Lebuhraya Utara-Selatan, Air Hitam adalah laluan persimpangan utama menuju ke Melaka dan Kuala Lumpur , Johor Bahru dan Singapura,  Kluang dan Mersing arah  timur. Ia adalah satu perhentian rehat popular kebanyakan bas persiaran dan pelancong dalam dan luar negara. Pelawat boleh mencari kedai-kedai cenderamata seperti barangan seramik dan juga makanan ringan seperti kerepek, buah-buahan tempatan,  restoran dan penduduk tempatan menjaja sayur-
sayuran mereka.


Pembangunan di Ayer Hitam sangat pesat. Kini bangunan-bangunan baru boleh dilihat di kiri dan kanan samada menghala ke Batu Pahat atau Kluang dari susur keluar tol PLUS. Bangunan-bangunan ini mengantikan gerai-gerai kecil yang sebelum ini menjadi daya tarikan pekan Ayer Hitam. Kebiasaannya pada hujung minggu dan cuti umum Ayer Hitam akan sesak dengan pengunjung yang datang dari luar untuk mendapatkan barang perkahwinan atau  perhiasan rumah. 



PUTU BAMBU JURIAH antara yang menjadi sebutan di Ayer Hitam. Sesiapa sahaja yang datang ke sini pasti singgah untuk menikmati putu bambu istimewa ini dan mereka sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.



KARI KAMBING 40 HARI 

Jika perut terasa lapar dan ingin menikmati makan yang menyelerakan KARI KAMBING 40 HARI menyajikan Nasi Arab versi 40 hari. Beras basmathi panjang pasti menggoda selera dengan hidangan kari kambing yang lembut. Jika hujung minggu atau cuti umum restoran ini bagaikan sedang mengadakan majlis kenduri kahwin dengan kehadiran pelanggan yang ramai.


Restoran ini terletak di jalan lama antara Ayer Hitam dan Yong Peng bersebelahan lebuhraya. Dibuka dari 7.30 pagi hingga 3.00 petang

ASAL USUL NAMA TEMPAT DI NEGERI JOHOR

Wujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Adan yang berpunca daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Ada yang berasal daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan (Rengit) atau tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh tempatan (Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang berlaku di tempat itu (Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan yang berlaku kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan singkatan kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan.


BATU PAHAT

Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.




MUAR

Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.
Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan ‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai.
Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.



MERSING

Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.
Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya.
Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.



SEGAMAT

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat’ atau ‘segar amat’. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.









PONTIAN


Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.






KOTA TINGGI


Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di Melaka pada tahun 1511.
Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.



Tangkak

Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia






Kluang

Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun mereka, tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke situ. Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang kampung mereka (bukit yang dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang pawang terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung tersebut.








PENTAS BEST FM TAHUN BARU BERSAMA ARTIS RUSA MUSIC DAN MVM PRODUCTION MERIAH

Siri Jelajah Pentas Best FM Tahun Baru Bersama Artis Rusa Music Dan MVM Production baru sahaja berakhir dan sekaligus menutup tirai tahun 2015. Pentas Best FM siri ke 3 kali ini Best FM bekerjasama dengan syarikat rakaman Rusa Music dan juga MVM Production.
Mydin Mall USJ Subang Jaya

Bermula dengan lokasi pertama di Mydin Mall USJ, Subang  Jaya pada  Sabtu 19 Disember dan lokasi kedua pada 20 Disember di Mydin Mall Jasin, Melaka. Dikedua-dua lokasi ini sambutan yang diberikan oleh penonton sangat luar biasa, apatah lagi menampilkan barisan artis popular masakini seperti Asfan, kumpulan Qanda, Mark Adam, Iwere, WARIS, Azzam Sham, Ainan Tasnim, Fatin Majidi dan ramai lagi. Manakala acara tahunan Best FM ini dihostkan oleh penyampai mereka Azhar, Ieqa, Zairi dan juga tidak ketinggalan Haiza finalis GegarVaganza yang juga merupakan penyampai Best Pagi Best FM. 


Mydin Mall USJ Subang Jaya

Di lokasi kedua Mydin Mall Jasin, Melaka sambutan yang diberikan sebenar diluar jangkaan. Ini kerana buat pertama kali Best FM mengadakan persembahan pentas di sini. Penonton yang datang ke sini ternyata terhibur dengan persembahan artis yang mengadakan persembahan dan celoteh penyampai Best FM juga membuatkan penonton tak berganjak sehingga acara berakhir pukul 6.30 petang.


Mydin Mall Jasin, Melaka
Selain penonton disajikan dengan persembahan artis, mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah daripada penaja.antaranya Gel Amani, MBH Medispa, My Beauty Herbs, Dyamia Serum dan Snekku

Mydin Mall Jasin, Melaka


Mydin Mall Pelangi Indah merupakan lokasi terakhir Pentas Best FM Tahun Baru Bersama Artis Rusa Music Dan MVM Production. Malam menjelang tahun baru 31 Disember 2015 acara bermula 9.30 malam dimulakan dengan persembahan artis baru Sheryl dengan lagu Hati-Hati Dengan Cinta. Kemunculan Iwere dengan lagu Oghe Kito menghangatkan suasana, penonton semakin teruja apabila WARIS muncul melantunkan lagu Gadis Jolobu.

11.00 malam kelibat kumpulan Qanda muncul di atas pentas dan mendapat sorakan penonton yang sememangnya menantikan kehadiran kumpulan yang berasal dari Johor ini. Lagu Cinta Yang Sempurna dinyanyikan bersama penonton yang rata-rata sudah menghafal lirik single pertama kumpulan Qanda ini.
Asfan yang muncul selepas Qanda membuat persembahan ternyata membuatkan penonton tak berganjak dan terus melayan lagu popular Asfan, Maafkan Aku. Sebelum persembahan terakhir daripada Hyper Act penonton berpeluang memenangi pelbagai hadiah daripada penaja.


Acara PENTAS BEST FM TAHUN BARU BERSAMA ARTIS RUSA MUSIC DAN MVM PRODUCTION malam itu berakhir dengan persembahan Hyper Act dan 'countdown' Tahun Baru 2016.


Saturday, 2 January 2016







SENARAI 25 TEMPAT MAKAN POPULAR DI JOHOR BAHRU

3 Januari 2016

Mungkin ada yang nak ke Johor Bahru tapi tak tau nak makan kat mana. Jom kita singgah makan di kedai makan di Johor Bahru yang menyediakan pelbagai menu seperti ABC,Sup Tulang, Nasi Beriyani,Steamboat dan juga Western Food

1. Restoran Azmi Wawa

ABC-Kg-Melayu-Majidee
    • 17, Jalan Masjid, Kg Melayu Majidee
ABC Kg Melayu Majidee lengkap dengan segala bahan Aiskrim,Coklat dan juga kacang yang rangup dan berharga cuma RM3 sahaja.
Di sini juga ada sup tulang merah yang di makan bersama roti, otak-otak, Rojak Asma, Nasi Beriyani dan juga Murtabak Singapura.

2. Restoran ZZ Sup Tulang

ABC-Kg-Melayu-Majidee
  • Lot 667, JKR Daerah Jalan Petrie, Off Jalan Mariamah, Johor Bahru
  • 012-722 7209
  • 7 Pagi – 2 Pagi
Antara restoran yang menjadi desitnasi wajib bagi yang biasa ke sini .Di Restoran Sup Tulang ZZ menu istimewa adalah Sup Tulang, Mee Rebus Ayam, daging dan juga tulang.Kuahnya yang pekat pasti membuatkan anda kembali lagi ke sini.
Selain itu,terdapat juga western food dan kerang sambal untuk santapan anda di sana

3. Anjung Warisan

 5602991791_9113de7829
  • JKR296, Jalan Petri, 80100, Kampung Tarum
Tarikan utama di Anjung Warisan adalah persembahan Angklung dan juga makan secara bersila di tempat makan yang di sediakan.

4. Asma Rojak Larkin

 IMG_1202
  • Plaza Larkin
Asma Rojak Larkin memang terkenal sejak dulu lagi, terletak di Food Court Mara bersebelahan terminal Bas Larkin.  Di sini juga ada makanan seperti Rojak Petis, Rojak Buah, Tauhu Bakar dan juga Otak-Otak goreng.

5. Johor Steamboat

  • No. 2, Jalan ADDA 3/3, Taman ADDA Heights, 81100 Johor Bahru
  • 07- 361 2734
  • 5pm-12Am
Johor Steamboat merupakan Restoran 2 tingkat bagi memberikan keselesaan kepada para tetamu menikmati hidangan secara buffet.
Ramai pengunjung berpuas hati dengan menu yang menarik,beraneka jenis serta layanan staf yang mesra pelanggan.Sesuai untuk kumpulan yang mengadakan reunion atau sambutan hari jadi untuk berkumpul di sini.
Harga dewa RM20, umur 7-12 tahun & warga emas 65 tahun ke atas RM 10.00 sahaja. Tempahan melebihi 30 orang akan mendapat harga istimewa RM23 seorang.

6. Banafee Village

  • No 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir
  • 07-333 3377
Menu yang patut anda cuba di Banafee Village adalah nasi padang dan juga ayam penyet. Sup Tulang Merah juga antara menu yang wajib anda nikmati di sini.
Diwaktu malam terdapat live band untuk para tetamu bersantai sambil menjamah makanan.

7. Kapten Steamboat & Grill

  • 8-01 & 10-01 Jalan tun abdul razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat
  • 0177111792
  • 12PM-12Am
Kapten Steamboat & Grill memberi pilihan kepada pengunjung untuk menikmati makanan secara ala carte atau buffet.

8. Malay Village Restaurant

  • No. 9A Jalan Kolam Air
  • 017-7337303
  • 8AM-12:15Am
Masakan istimewa di Malay Village adalah Butter Prawns,MV Bamboo Rice Special, Lemon Chicken dan juga Assam Siakap Serta Siakap Terbang.
Di sini juga menerima tempahan untuk acara seperti majlis hari lahir,gathering dan juga kenduri kahwin.

9. Medan Selera Jalan Sg Chat

  • Jalan Sg Chat
Medan Selera Sg Chat adalah bersebelahan dengan dataran bandaraya dan sebelum medan selera tepian tebrau.
Di sini menu yang terkenal adalah ikan bakar dan juga murtabak Singapura.

10. Medan Selera Luton Van di Dataran Bandaraya

 P1060966_zps45ca036c
  • Jalan Lingkaran Dalam
Medan Selera ini terletak bersebelahan dengan Dataran Bandaraya.Tempat makan adalah jenis terbuka dan di kelilingi dengan Luton Van yang menyediakan pelbagai steamboat mengikut citarasa pelanggan.
Harganya di bezakan mengikut warna yang terdapat di hujung lidi yang beharga antara RM0.50 hingga RM1.50.Pelanggan juga boleh memesan sup atau kuah kacang untuk menikmati steamboat tersebut.
11. Medan Selera Tepian Tebrau
IMG_0019
  • Jalan Sg Chat
Pelbagai menu disediakan oleh setiap gerai di sini . Menu yang boleh anda pesan adalah seperti ikan bakar, tauhu bakar, asam pedas dan juga murtabak Singapura.
Medan selera ini sebaris dengan Medan Selera Sg Chat.

12. Mee Rebus Hj Wahid

 2014-11-17-18-31-55
  • Plaza Angsana
Mee Rebus Hj Wahid memang tidak perlu diperkenalkan lagi keenakannya, terletak di medan selera tingkat bawah Angsana Johor Bahru Mall .Kuahnya yang pekat menambahkan lagi kesedapan mee rebus.Selain itu,kaedah penyediaan juga adalah cepat dan pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menikmatinya.

13. Pots & Pans Cafe

  • No 15, Jalan Bukit Meldrum
Restoran ini menyediaakan makanan seperti Burger Bakar, Sizziling Chicken, Carbonara Seafood dan bermacam jenis lagi pada harga yang berpatutan.

14. Restoran Dayang

 1532070_394143570731745_999061693_o
  • Taman Tasek Merdeka
Restoran Dayang amat meriah di waktu malam terutama ada pertandingan bolasepak membabitkan JDT.Skrin layar di sediakan bagi memberikan kepuasan kepada para pengunjug untuk menonton perlawanan tersebut.
Antara menu yang ada adalah seperti Nasi Goreng Merdeka,Sotong Telur Masin dan Beriyani Warisan Johor.

15. Restoran Seri Bayu Perdana

 P1030950
  • No. 15 & 17, Jln Susur Dewata 1, Larkin Perdana Johor Bahru
Restoran ini menjadi tumpuan orang ramai terutama di waktu tengahari kerana menghidangkan pelbagai  lauk pauk yang menyelerakan.

16. Restoran Singgah Selalu

 img_5434
  • 36-F, Jalan Skudai Danga Bay
Antara menu yang boleh anda cuba adalah Teppayanki Seafood Fried Rice,Satay dan juga sup ekor.

17. Roslin Beriani House

  • 14 Jalan Rebana Kebun Teh Johor Bahru
  • 60127939547
Roslin Beriani House merupakan restoran yang terkenal dengan Nasi Beriyani di Bandar Johor Bahru.Di buka dari pukul 7:30 pagi hingga 7:30 malam dan di tutup pada Hari Ahad. 

18. Senibong Sea Food

  • NO 1 JLN PERSISIRAN PANTAI KG SENIBONG
  • 012-755 7327
  • 4PM-2Am
Pilihan untuk menikmati seafood sambil melihat matahari terbenam.Di sini terdapat banyak restoran dan antara yang popular adalah selera senibong seafood. Pemandangan mengadap laut juga menjadikan suasana di sini sungguh mendamaikan.

19. Tapah Corner

Restoran-Tapah-Corner
  • 62, Jalan Stulang Bahru, Taman Suria
  • 7 Pagi – 2 Pagi
Tapah Corner pilihan orang johor Bahru untuk bersarapan yang menyediakan hidangan seperti bihun, nasi lemak, roti canai, Laksa Johor, Lontong Kering dan juga aneka jenis kuih muih.
Kedai makan ini juga turut menyediakan masakan panas bermula pada pukul 2PM hinggalah ke pukul 2 pagi.

20. Lazat Steakhouse Western Restaurant

ABC-Kg-Melayu-Majidee
  • Jln Padi Emas 1/5
Lazat Steakhouse Western restaurant menyediakan makanan seperti Pizza, Spaghetti ( Marinara,Bolognese,Carbonara,Alfredo) Fish & Chips serta Lamb Chop.

21. Majid Murtabak Special No 1 Corner

Majid Murtabak Special No 1 sudah menjadi sebutan di Johor malahan namanya telah meniti dari bibir ke bibir. Bahkan orang dari luar Johor juga tahu akan keenakan murtabak cheese di sini. Sambutan terhadap murtabak cheese sangat menggalakkan pada setiap hujung minggu atau cuti umum, mereka menyediakan sekurang-kurangnya 1,400 keping murtabak. Murtabak Cheese Majid didatangkan didalam beberapa pilihan saiz termasuklah saiz Jumbo yang mempunyai 4 layer cheese.
  • Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru
  • 012-756 3245
  • 12 Noon- 6 PM

22. Bubur No 1 Sentosa, JB


Bubur No 1 Sentosa lebih 20 tahun beroperasi disini. Bubur nasi, kangkong goreng, ikan bilis goreng lada, telor masin dan beberapa lagi lauk menjadikan hidangan ini bukan sahaja ringkas tetapi tidak menyekasakan perut. Satu set dijual dengan harga RM 5 sahaja.

  • Jalan Sutera, Taman Sentosa
  • 6.00 PM - 12 Midnight (Tutup pada hari Isnin)

23. Kilang Bateri


Ini merupakan lokasi makan-makan terbaru di Johor Bahru. Asalnya adalah sebuah kilang bateri dan telah diubah sesuai menjadi cafe yang menarik. Selain menjual makanan pelbagai pilihan di sini juga ada kedai yang menjual pelbagai barang dan kedai gunting.

  • No.83,Jalan Tampoi,81200 Johor Bahru.
  • Masa beroperasi :12-12 (setiap hari)

24. SEAFOOD NASI GORENG DAUN PISANG

Jika mencari makanan laut yang dihidang panas dan dialas dengan daun pisang yang menaikkan aroma yang menyelerakan anda boleh ke Stulang Laut. Terletak dimedan selera bersebelahan Komplek Bebas Cukai di Stulang Laut dan berhampiran 7E. 

  • Masa beroperasi :6.00 Petang - 11.00 Malam (isnin - Ahad)

25. KACANG POOL HAJI


Kalau sebut je Kacang Pool Haji, pasti ramai yang kenal kerana Kacang Pool Haji sememangnya kacang pool yang popular di Johor. Tak lengkap kalau pergi Johor Bharu tak merasa Kacang Pool Haji ini.
Pemilik Kacang Pool Haji, Makpol Saimon telah mengusahakan restoran ini sejak 20 tahun yang lepas. Kacang Pool Haji juga pernah membuka cawangan di Damansara, tetapi tidak lama sebelum ditutup dan dikatakan pulang ke Johor. Dekat medan selera ni ada gerai lain juga seperti rojak, sate, ABC dan lain lain
  • No 3, Medan Selera Larkin Bomba, Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru.
  • Masa beroperasi :07.00 - 12.00 malam  (Isnin - Ahad)