Ayer Hitam sangat terkenal dengan barangan seramik sehinggakan kini ianya dikenali dengan nama Bandar Seramik. Terletak di daerah Batu Pahat. Sebelum kedatangan Lebuhraya Utara-Selatan, Air Hitam adalah laluan persimpangan utama menuju ke Melaka dan Kuala Lumpur , Johor Bahru dan Singapura, Kluang dan Mersing arah timur. Ia adalah satu perhentian rehat popular kebanyakan bas persiaran dan pelancong dalam dan luar negara. Pelawat boleh mencari kedai-kedai cenderamata seperti barangan seramik dan juga makanan ringan seperti kerepek, buah-buahan tempatan, restoran dan penduduk tempatan menjaja sayur-
sayuran mereka.
Pembangunan di Ayer Hitam sangat pesat. Kini bangunan-bangunan baru boleh dilihat di kiri dan kanan samada menghala ke Batu Pahat atau Kluang dari susur keluar tol PLUS. Bangunan-bangunan ini mengantikan gerai-gerai kecil yang sebelum ini menjadi daya tarikan pekan Ayer Hitam. Kebiasaannya pada hujung minggu dan cuti umum Ayer Hitam akan sesak dengan pengunjung yang datang dari luar untuk mendapatkan barang perkahwinan atau perhiasan rumah.
PUTU BAMBU JURIAH antara yang menjadi sebutan di Ayer Hitam. Sesiapa sahaja yang datang ke sini pasti singgah untuk menikmati putu bambu istimewa ini dan mereka sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.
KARI KAMBING 40 HARI
Jika perut terasa lapar dan ingin menikmati makan yang menyelerakan KARI KAMBING 40 HARI menyajikan Nasi Arab versi 40 hari. Beras basmathi panjang pasti menggoda selera dengan hidangan kari kambing yang lembut. Jika hujung minggu atau cuti umum restoran ini bagaikan sedang mengadakan majlis kenduri kahwin dengan kehadiran pelanggan yang ramai.
Restoran ini terletak di jalan lama antara Ayer Hitam dan Yong Peng bersebelahan lebuhraya. Dibuka dari 7.30 pagi hingga 3.00 petang
No comments:
Post a Comment